Thursday, April 5, 2012

Ummu Khair (Wanita Pertama Masuk Syurga)...



Rasulullah s.a.w telah memuji seorang wanita solehah yang telah memainkan peranan yang tepat dan patut dicontohi oleh semua wanita di akhir zaman. Allah muliakan dia dengan memberi anugerah wanita pertama masuk syurga. Sedangkan dia adalah seorang wanita miskin, tidak terkenal, tinggal pula di hujung kampung. Diriwayatkan pada suatu hari Rasulullah SAW memberitahu anaknya Fatimah bahawa ada seorang wanita miskin tinggal di hujung Kota Madinah, sebagai wanita yang mulia di sisi Allah ia akan masuk ke syurga lebih dahulu daripada Fatimah.

Mendengar cerita itu, Fatimah sangat ingin melihat dan berkenalan dengan wanita solehah yang dimaksudkan oleh ayahandanya itu. Apakah amalan yang telah dilakukan sehingga mendapat penghormatan yang begitu tinggi dari Allah. Setelah mendapat penerangan tentang tempat tinggal wanita itu, Fatimah pun pergi ke rumah wanita tersebut setelah mendapat keizinan daripada Saidina Ali r.a. Setibanya Fatimah di rumah wanita tersebut, beliau begitu terperanjat kerana wanita itu tidak membenarkan ia masuk ke rumah kerana ia belum meminta izin dari suaminya yg pergi bekerja. Dengan perasaan tenang Fatimah pulang setelah dinasihatkan supaya datang esoknya kerana dia akan meminta kebenaran dari suaminya membenarkan Fatimah masuk ke rumah sekiranya diberi izin oleh suaminya.

Pada keesokan harinya, Fatimah datang lagi tetapi kali ini bersama dua orang anaknya Hasan dan Husin. Entah kenapa tergerak hatinya utk membawa anaknya. Sekali lagi dia terperanjat krn wanita itu menolak kedatangannya. Kata wanita itu:
“Saya hanya diberi izin oleh suami saya untuk puan seorg sahaja, sedangkan bersama puan ada 2 orang lagi yang belum diizinkan suami saya”. Wanita itu memohon berbanyak-banyak maaf kerana tidak dapat membenarkan Fatimah dan 2 orang anaknya masuk ke rumah. Terpaksalah Fatimah pulang sekali lagi dengan perasaan terharu melihat kejujuran wanita itu menjaga amanah suaminya lebih2 lagi amanah Allah yg menyuruh taat kpd suami.

Pada kali ke-3 kedatangan Fatimah disambut dengan baik oleh wanita itu dan tidak putus2 meminta maaf atas apa yg berlaku, ia berkata:
“Sesungguhnya saya sekali-kali tidak pernah melanggar perintah suami saya”.

Dia melayan Fatimah dengan sebaik-baiknya, menyediakan hidangan yang termampu olehnya. Senyum ramah menjadi perhiasan hidupnya. Walaupun dia miskin harta tetapi kaya dengan budi bahasa, sopan santun dan berakhlak. Kata-katanya lembut dan tidak gopoh. Rumahnya teratur, bersih dan kemas, memang sedap dipandang walaupun tiada perabot mewah dan barang2 antik.

Setelah hari hampir petang, wanita itu meminta izin daripada Fatimah untuk melakukan sesuatu. Beliau meminta izin ke dapur dan menyediakan segelas air, sepiring makanan dan sebatang tongkat dan diletakkan di tepi dinding berhampiran dengan muka pintu. Setelah itu ia masuk ke dalam bilik, Fatimah hanya memerhatikan saja tingkah lakunya. Tidak lama kemudian ia keluar dari bilik dengan pakaian yang cantik, rambut diandam serta wajahnya berseri-seri disertai dengan bau yang amat harum. Ia kemudian pergi ke ambang pintu dan berdiri seolah-olah menanti seorang tetamu yang akan tiba. Sedikit pun dia tidak menghiraukan tetamunya yang ada di dalam rumahnya yang memerhatikan gelagatnya. Fatimah hairan melihat gelagat perempuan itu lalu bertanya:
“Mengapa puan berkeadaan yang agak aneh ini?"

“Saya sebenarnya sedang menanti kepulangan suami saya. Biasanya disaat inilah ia pulang dari bekerja,” jawabnya kepada Fatimah yang masih dalam kebingungan.

“Apa pula kaitan dengan air dan makanan serta tongkat yang puan letakkan di tepi dinding itu,” tanya Fatimah lagi.

“Air ini disediakan kalau dia dahaga, terus sahaja saya berikan tanpa saya membuang masa pergi ke dapur dan suami saya tidak lagi tertunggu-tunggu. Makanan ini saya sediakan kalau suami saya lapar. Dan tongkat ini disediakan kalau saya didapati bersalah oleh suami saya, akan saya suruh ia pukul sebagai denda di atas kesalahan saya.”

Fahamlah Fatimah, seterusnya ia bertanya lagi. Mengapa pula puan bersolek dan berpakaian yang sungguh ghairah setelah itu pergi ke tepi pintu dan mengangkat kain pada hal menampakkan aurat adalah haram?
“Saya berbuat demikian adalah semata-mata untuk suami saya. Kalau ia melihat saya berkeadaan begini di waktu ia berkeinginan maka mudahlah ia menyampaikan maksudnya,” jelas wanita tersebut.
Kini fahamlah dia, itu rupanya amalan yang dilakukan oleh wanita itu yang mendapat kemuliaan dari Rasulullah s.a.w.

Sebenarnya, sememangnya Fatimah adalah seorang wanita yang paling mulia di dunia. Beliau akan menjadi ratu di syurga nanti. Manakala wanita yang tersebut dalam kisah ini akan menjadi pengiringnya. Beliau yang mula-mula masuk ke syurga kerana beliau ditugaskan untuk menjadi penarik tali kuda Fatimah. Jadi dengan demikian beliaulah mula-mula masuk ke syurga. Inilah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w.
Rasulullah SAW telah bersabda yg bermaksud:
“Wahai anakku Fatimah, perempuan manapun yang beribadah seperti ibadah Siti Maryam bin Amran, tetapi tidak diredhai oleh suaminya, maka Allah tidak akan menerima ibadahnya”.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Seorang wanita yg solehah itu lebih baik dari seribu lelaki yg tidak soleh”.

Copy from : Wanita Yang Dikasihi (Fatimah Hj Omar) Terbitan Darul Nu’man…

No comments:

Post a Comment