Monday, January 17, 2011

Warkah Buat Adam...

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Duhai adam,
Andai satu hari nanti kita ditakdirkan bersama,
Melayari bahtera kehidupan,
Usah kau impikan selaut sutera keindahan,
Usah kau igaukan kasih yang mengunung tanpa puncak,
Juga usah kau harapkan kesempurnaan yang mutlak dari diri ini..

Aku bukan Siti Khadijah,
Mahupun permata Siti Fatimah,
Aku bukan Siti Aisyah,
Mahupun Ummul Mukminin yang lain,
Bukan juga Rabiatul Adawiyah, wanita sufi terpuji,
Juga tidak mencapai martabat Siti Maryam, Masyitah, Asiah, dan Sumaiyah..

Mengertilah dengan waras keislaman,
Aku hanyalah wanita akhir zaman,
Yang masih cuba mempertahankan maruah,
Dan kesucian diri sebagai muslimah,
Berlandaskan garisannya,
Dalam mengharungi kegawatan masa kini,
Yang serba palsu dan penuh onak duri,
Dengan kemampuan sekuman cuma...

Demi keranaNya semata-mata,
Tidak kutagih apa-apa darimu,
Cuma ku pohon sebuah pengertian,
Dan kasih sayang suci,
Bahawa aku adalah amanat untukmu..
Seandainya kita ditakdirkan untuk bersama…