Saturday, March 24, 2012

Bicara Ilmu (Tahajjud Cinta)...


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  

Slot Bicara Ilmu bersama Imam Muda Hassan yang membicarakan tentang Tahajjud Cinta yang telah diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM sempena program Aman Kampus...

 Antara rumusannya adalah:

Cinta adalah fitrah yang dikurniakan kepada setiap manusia kerana manusia dijadikan sebagai makhluk yang mempunyai perasaan…

 “Panduan memilih isteri adalah berdasarkan empat perkara… pada HARTANYA… pada KETURUNANNYA… pada KECANTIKANNYA… dan pada AGAMANYA… maka pilihlah pada agamanya, nescaya beruntunglah kamu…”

Gunalah pandangan HATI dalam menilai sesuatu perkara… bukannya dengan menggunakan pandangan MATA (yang selalu menipu)… pandangan AKAL (selalu terpedaya) dan juga pandangan NAFSU (yang selalu melulu)…

 Perkahwinan akan menghalalkan perhubungan yang haram (couple) and there is no couple before akad…

Sentiasa berfikiran positif…

muslimin yang hadir...

muslimat...


Semoga program2 seperti ini akan dapat memberi manfaat kepada kita semua dan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t... InsyaAllah...

last but not least...

sejuk mata memandang... :)



Friday, March 23, 2012

Bersangka Baik...


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani (KETUA SEGALA WALI PADA ZAMAN BELIAU)... 

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdul Kadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan… 

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : 
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku…"

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku…" 

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku…"

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku…"

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku…"

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk…"

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH...


Sunday, March 4, 2012

Jika dia Untukku...


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Ya Allah..

Kirimkanlah dia untukku..
Dia yang menenangkan hatiku..
Dia yang selalu menjaga keimananku..
Dia yang selalu mengingatkan solat kepadaku..
Dia yang selalu mengajariku bagaimana aku harus bersabar..
Dia yang membuatku menangis kerana takut kepadaMu..
Dia yang Menjaga AgamaMu..
Dia yang selalu berdoa untuk keluarganya..
Dia yang selalu taat kepada ayah ibunya..
Dia yang tak pernah meninggalkan solat..
Dia yang selalu berbicara sopan..

Jika dia adalah pilihanMu,
Datang atas redhaMu,
Yang akan mampu mendekatkan cintaku padaMu,
Maka, satukan hatinya dan hatiku..
Dalam janji ikatan suci,
Bersama ijab dihadapan wali dan saksi...

amin Ya Allah Ya Rabbal ‘alamin...


Wednesday, February 15, 2012

Subhanallah... Alhamdulillah... Allahu Akbar...

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu." Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.


Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. 
Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."


Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya...


Secebis Coretan Buat Diriku...


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

‎"Wahai diriku, bersabarlah...janganlah berputus asa dalam kehidupan ini... Allah itu dekat, terlalu dekat dari urat lehermu... Jika engkau tidak mendapat apa yang engkau inginkan mungkin Allah akan menggantikan engkau sesuatu yang lebih baik."

Allah tahu, tetapi engkau tidak tahu apa yang ada di depanmu. 
Keringkanlah air matamu itu, gantikannya dengan senyuman penawar hati di setiap ujian itu, selalulah menyebut Alhamdulillah...
Wahai diriku, Allah sayang padamu, Dia tahu apa saja keburukan dan kebaikan untukmu, jadi terimalah seadanya takdir PenciptaMu itu...
Yakini dan berdoa agar diberikan terbaik dalam hidupmu dan itulah yang terbaik apabila terjadi sesuatu ketetapan dari Ilahi...
insyaAllah...Amin ya Rabbal a'lamin...


Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul...



BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) 

• Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. 
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

Friday, December 30, 2011

Ratu Syahadah...


Sesungguhnya Permaisuri Asiah sanggup mengorbankan istana Firaun yang tersergam indah semata-mata mempertahankan akidahnya dan keesaan ALLAH swt...

Lalu disaat beliau bakal dihukum mati, istana Firaun yang indah bukan lagi nikmat dimatanya sebaliknya Permaisuri Asiah menadah tangan lalu berdoa semoga ALLAH membinakan istana yang indah buatnya di syurga!

ALLAHU AKBAR! Beliau adalah Ratu Syahadah!