Labels

Showing posts with label Mahligai Kasih. Show all posts
Showing posts with label Mahligai Kasih. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Kasih Ibu...

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  


Ilmu untuk dikongsi moga kita semua beroleh manfaat. Terima kasih untuk insan yang baik budi yang mengirimkan catatan ini. Moga segenap kebaikanmu Allah pulangkan pahala berlipat ganda.. Aamiin...



"Seorang anak kecil sedang asyik bermain tanah di halaman. Sementara ibunya sedang menyiapkan juadah untuk jamuan sahabat ayahnya yang akan sampai dalam waktu terdekat. Tiba-tiba anak kecil itu berlari masuk ke dalam rumah dengan kedua tangannya menggenggam debu. Lantas dia menaburkan debu itu di atas makanan yang tersaji!

Tatkala ibunya masuk dan melihatnya, dia jadi amat marah dan berkata

"Idzhab ja'alakallahu imaaman lilharamain,"
 "Pergi kamu...! Biar kamu jadi imam di Haramain...!"

Dan SubhanAllah, kini anak itu telah dewasa dan telah menjadi imam di Masjidil Haram...!!Tahukah kalian, siapa anak kecil yang didoakan ibunya saat marah itu??
Beliau adalah Syeikh Abdurrahman as-Sudais(Sudais), Imam Masjidil Haram yang nada tartilnya menjadi sanjungan kebanyakan kaum muslimin di seluruh dunia.
****
Ini adalah teladan bagi para ibu, calon ibu, dan setiap wanita.Kita hendaklah selalu mendoakan kebaikan untuk anak-anak,meskipun dalam keadaan marah. Ini adalah kerana doa ibu untuk anak-anaknya adalah antara doa yang sangat makbul. Sekaligus ini menjadi peringatan bagi kita agar menjaga lisan dan tidak mendoakan keburukan bagi anak-anak. Meski dalam keadaan marah sekalipun jagalah lidah dari menyebut yang tidak baik.


"Janganlah kalian mendoakan (keburukan) untuk dirimu sendiri, begitupun untuk anak-anakmu, pembantumu, juga hartamu.
Jangan pula mendoakan keburukan yang akan jadi bertepatan dengan saat di mana Allah mengabulkan doa kalian..."(HR. Abu Dawud)

(Saat ramai orang mengucapkan Selamat Hari Ibu di sana sini, saat ramai pula orang mengatakan sambutan hari ibu adalah haram, kukongsi cerita ini untuk mengingatkan diriku dan para sahabat sekelian akan darjat doa seorang ibu)...


Cara Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w...

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  


Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:


Tahap pertama:
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
Tahap kedua: 
Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga: 
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat: 
Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.


Sunday, March 4, 2012

Jika dia Untukku...


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Ya Allah..

Kirimkanlah dia untukku..
Dia yang menenangkan hatiku..
Dia yang selalu menjaga keimananku..
Dia yang selalu mengingatkan solat kepadaku..
Dia yang selalu mengajariku bagaimana aku harus bersabar..
Dia yang membuatku menangis kerana takut kepadaMu..
Dia yang Menjaga AgamaMu..
Dia yang selalu berdoa untuk keluarganya..
Dia yang selalu taat kepada ayah ibunya..
Dia yang tak pernah meninggalkan solat..
Dia yang selalu berbicara sopan..

Jika dia adalah pilihanMu,
Datang atas redhaMu,
Yang akan mampu mendekatkan cintaku padaMu,
Maka, satukan hatinya dan hatiku..
Dalam janji ikatan suci,
Bersama ijab dihadapan wali dan saksi...

amin Ya Allah Ya Rabbal ‘alamin...


Tuesday, November 29, 2011

Mahligai Kasih...


Aku bukanlah seorang gadis yang CEREWET dalam memilih PASANGAN HIDUP...
siapalah diriku ini untuk MEMILIH berlian sedangkan aku hanya SEBUTIR PASIR yang wujud di mana-mana...
tetapi aku juga punyai KEINGINAN seperti gadis lain, DILAMAR lelaki yang bakal dinobat sebagai AHLI SYURGA, memimpinku ke arah tuju yang satu...
bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan...
tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku PERLUKAN...
aku akan berasa amat BERTUAH andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran PERJUANGANMU...

Andainya kamu adalah JODOHKU yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa KASIH di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita BERPANDANGAN kelak... 
BAHAGIA itu pasti menjadi MILIK kita, itu janji Allah...
aku SAYANG kamu kerana Allah...


"Ya Allah, I ask you to help me Love You until I cannot stop thinking of You..."

Monday, May 23, 2011

Layakkah Hadirnya Cinta Manusia...


Layakkah kita mencintai manusia lain??
Hmm...bagi aku sudah tentu kita layak untuk mencintai sesama manusia. Namun yang menjadi salahnya ialah apabila kita terlalu taksub mencintai seseorang sedangkan kita harus sedar yang perasaan suka,kasih dan sayang haruslah diungkapkan kepada yang berHAK.

CINTA MANUSIA HARUS KEPADA...

ALLAH YANG MAHA ESA
"Tidak akan ada di dalam hati cinta kepada ALLAH sekiranya dalam hati sudah terlebih dahulu ada cinta kepada manusia"
Cinta dalam hati manusia seharusnya ditujukan khusus dan suci untuk mencintai ALLAH YANG MAHA ESA. Bukan setakat dengan perkataan yang mengakui cinta kepada ALLAH namun haruslah dizahirkan dengan perbuatan. Kita seharusnya mencintai ALLAH dengan sepenuh hati kerana kecintaan ALLAH kepada hambanya begitu besar sehingga tidak mampu ditandingi oleh cinta sesama MANUSIA.


AGAMA
Cinta manusia juga haruslah diserahkan kepada agama. Jika kita cinta akan agama sudah tentu semua perkara yang kita lakukan tidak terpesong dari jalannya. Mencintai agama membuatkan kita sentiasa patuh dengan perintah ALLAH dan hukum syarak.
Mencintai agama juga membuatkan kita punyai rasa jihad FISABILILLAH dan juga melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar. Siapa lagi yang akan melaksanakan tanggungjawab dalam mentarbiyahkan masyarakat jika bukan kita yang bergelar khalifah di muka bumi.


IBU BAPA DAN KELUARGA
Tidak terbalas jasa mereka kepada kita. Cinta kita haruslah ditujukan kepada mereka. Kita dilahirkan atas dasar CINTA, dibesarkan juga kerana CINTA, dididik juga atas dasar CINTA, dikasihi juga adalah kerana CINTA.
Disebabkan oleh rasa cinta yang mendalam, insan yang bergelar IBU sanggup menelan pahit dan kesakitan semata-mata umtuk melihat zuriat yang dikandungnya selam 9 bulan 10 hari. Disebabkan cinta, Si Ayah sanggup membanting tulang bagi melihat Si Anak memperoleh kesempurnaan dalam kehidupannya. Seharusnya mereka punyai hak merasa nikmat cinta dari kita pula.


PASANGAN
Namun, tidak dinafikan manusia akan punyai rasa tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengan dirinya. Namun harus diakui kita masih punyai jarak yang membataskannya. Jika benar perasaan cinta, kasih , dan sayang itu suci seharusnya perasaan ini hadir disebabkan CINTA YANG MAHA ESA.
Jika benar cinta itu suci tujukanlah hanya kepada yang berHAK. Maka, jika punyai pasangan, segeralah berkahwin kerana itulah tanda CINTA dan bukannya dengan berduaan,berpegangan tanpa ikatan yang sah.

wallahualam...



Monday, January 17, 2011

Warkah Buat Adam...

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Duhai adam,
Andai satu hari nanti kita ditakdirkan bersama,
Melayari bahtera kehidupan,
Usah kau impikan selaut sutera keindahan,
Usah kau igaukan kasih yang mengunung tanpa puncak,
Juga usah kau harapkan kesempurnaan yang mutlak dari diri ini..

Aku bukan Siti Khadijah,
Mahupun permata Siti Fatimah,
Aku bukan Siti Aisyah,
Mahupun Ummul Mukminin yang lain,
Bukan juga Rabiatul Adawiyah, wanita sufi terpuji,
Juga tidak mencapai martabat Siti Maryam, Masyitah, Asiah, dan Sumaiyah..

Mengertilah dengan waras keislaman,
Aku hanyalah wanita akhir zaman,
Yang masih cuba mempertahankan maruah,
Dan kesucian diri sebagai muslimah,
Berlandaskan garisannya,
Dalam mengharungi kegawatan masa kini,
Yang serba palsu dan penuh onak duri,
Dengan kemampuan sekuman cuma...

Demi keranaNya semata-mata,
Tidak kutagih apa-apa darimu,
Cuma ku pohon sebuah pengertian,
Dan kasih sayang suci,
Bahawa aku adalah amanat untukmu..
Seandainya kita ditakdirkan untuk bersama…



Saturday, December 18, 2010

LELAKI VS WANITA


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

LELAKI
Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua. Berlainan kepada perempuan, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN? ?

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung. TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah berbanding wanita.



WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:
-ibunya
-isterinya
-anak perempuannya
-saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: 
-suaminya
-ayahnya
-anak lelakinya
-saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
-sembahyang 5 waktu
-puasa di bulan Ramadhan
-taat kepada suaminya
-menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH, sayangnya ALLAH pada wanita!
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.



Monday, November 1, 2010

Kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah???

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.



1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows BEST!~♥

Jodoh : Jangan Mencari Terlalu Sempurna...


Jika kamu memancing ikan.. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup...

Begitulah juga.........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya...Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya...Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu... MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

~renungan bersama~

Thursday, July 15, 2010

Jika aku jatuh hati...


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

 


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu…

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu,

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu,

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu,

Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu,

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..

Aminnn…



 Laa Tahzan!!