Saturday, July 23, 2011

Pesanan Buat Wanita...

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 


I Love You...


Mama..Abah..I love you than much!!
Thanks for everything...

Ya Allah,
Berikanlah mereka kebahagiaan di dunia dan di akhirat,
Selamatkanlah mereka dari azab neraka,
Sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sejak dari kecil,
amin ya Rabbal a'lamin...



Hanya Tuhan Yang Tahu...

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Ya Allah,
Seandainya telah Engkau catatkan,
dia milikku, dan tercipta buat diriku,
Satukanlah hati kami Ya Allah,
Titipkanlah kebahagiaan buat kami,
Agar kemesraan itu kekal abadi...

Ya Allah,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Maka, jodohkanlah kami Ya Allah,
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan,
dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan Engkau peliharalah daku dari kekecewaan,
Ya Allah Yang Maha Mengerti,
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar diriku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersamanya...

Ya Allah,
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan,
Adalah yang terbaik untuk diriku...

Ya Allah,
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini,
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman,
Agar aku dan dia bersama2 dapat melayari bahtera,
Ke muara cinta yang Engkau redhai, Ya Allah...

Ya Allah,
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan juga akhirat,
Dan peliharalah kami dari azab neraka...
amin ya Rabbal a'lamin...


Friday, July 22, 2011

Selamat Untuk Anda!!!

  • Selamat untuk anda jika menjadi wanita yang menunaikan solat, puasa, taat dan patuh kepada Allah swt...

  • Selamat untuk anda jika menjadi wanita yang memakai tudung (berjilbab), pemalu dan berperibadi teguh...

  • Selamat untuk anda jika menjadi seorang wanita yang setia, amanah dan jujur...

  • Selamat untuk anda jika menjadi seorang yang penyabar, selalu mengharapkan pahala daripada Allah, bertaubat dan sentiasa kembali kejalanNya...

  • Selamat untuk anda jika menjadi seorang wanita yang rajin berzikir, bersyukur dan berdoa dengan penuh kesedaran...

  • Selamat untuk anda jika menjadi seorang wanita yang menjaga norma-norma kehidupan dan idealisme yang tinggi...

  • Selamat untuk anda jika menjadi wanita yang menegakkan perkara yang benar dan menjauhi daripada perkara kemungkaran...

Monday, May 23, 2011

Layakkah Hadirnya Cinta Manusia...


Layakkah kita mencintai manusia lain??
Hmm...bagi aku sudah tentu kita layak untuk mencintai sesama manusia. Namun yang menjadi salahnya ialah apabila kita terlalu taksub mencintai seseorang sedangkan kita harus sedar yang perasaan suka,kasih dan sayang haruslah diungkapkan kepada yang berHAK.

CINTA MANUSIA HARUS KEPADA...

ALLAH YANG MAHA ESA
"Tidak akan ada di dalam hati cinta kepada ALLAH sekiranya dalam hati sudah terlebih dahulu ada cinta kepada manusia"
Cinta dalam hati manusia seharusnya ditujukan khusus dan suci untuk mencintai ALLAH YANG MAHA ESA. Bukan setakat dengan perkataan yang mengakui cinta kepada ALLAH namun haruslah dizahirkan dengan perbuatan. Kita seharusnya mencintai ALLAH dengan sepenuh hati kerana kecintaan ALLAH kepada hambanya begitu besar sehingga tidak mampu ditandingi oleh cinta sesama MANUSIA.


AGAMA
Cinta manusia juga haruslah diserahkan kepada agama. Jika kita cinta akan agama sudah tentu semua perkara yang kita lakukan tidak terpesong dari jalannya. Mencintai agama membuatkan kita sentiasa patuh dengan perintah ALLAH dan hukum syarak.
Mencintai agama juga membuatkan kita punyai rasa jihad FISABILILLAH dan juga melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar. Siapa lagi yang akan melaksanakan tanggungjawab dalam mentarbiyahkan masyarakat jika bukan kita yang bergelar khalifah di muka bumi.


IBU BAPA DAN KELUARGA
Tidak terbalas jasa mereka kepada kita. Cinta kita haruslah ditujukan kepada mereka. Kita dilahirkan atas dasar CINTA, dibesarkan juga kerana CINTA, dididik juga atas dasar CINTA, dikasihi juga adalah kerana CINTA.
Disebabkan oleh rasa cinta yang mendalam, insan yang bergelar IBU sanggup menelan pahit dan kesakitan semata-mata umtuk melihat zuriat yang dikandungnya selam 9 bulan 10 hari. Disebabkan cinta, Si Ayah sanggup membanting tulang bagi melihat Si Anak memperoleh kesempurnaan dalam kehidupannya. Seharusnya mereka punyai hak merasa nikmat cinta dari kita pula.


PASANGAN
Namun, tidak dinafikan manusia akan punyai rasa tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengan dirinya. Namun harus diakui kita masih punyai jarak yang membataskannya. Jika benar perasaan cinta, kasih , dan sayang itu suci seharusnya perasaan ini hadir disebabkan CINTA YANG MAHA ESA.
Jika benar cinta itu suci tujukanlah hanya kepada yang berHAK. Maka, jika punyai pasangan, segeralah berkahwin kerana itulah tanda CINTA dan bukannya dengan berduaan,berpegangan tanpa ikatan yang sah.

wallahualam...



Sunday, May 8, 2011

Izinkan Aku Ya Allah...


 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Ya Allah aku dambakan dia
Izinkan aku menjaganya
Tapi bagaimana harus aku khabarkan
Aku inginkan syariat
Mencintai dia, menyayangi dia
Sesudah mempunyai ikatan yang utuh

Ya Allah peliharakan aku
Daripada hasutan nafsu syaitan
Yang akan mungkin mencemarkan kasihku ini
Limpahkan aku dengan kasih sayang-Mu
Agar aku sentiasa berada dalam lindungan-Mu

Ya Allah perkenankan doaku
Sempurnakan imanku dengan sebuah ikatan
Ikatan yang Engkau berkati
Yang bisa menjadi penyambung
Bertambahnya umat Muhammad